Auto Copy Trade

Apa itu copy trade?

Copy trade adalah satu sistem yang digunakan untuk mengikuti dagangan yang dibuat oleh trader lain. Menggunakan konsep profit sharing di antara Manager, Follower dan Affiliate network. Semuanya berjalan secara automatik!

Sebagai Follower

Sesuai untuk mereka yang…

  • tidak pandai trading atau masih dalam proses belajar
  • tiada masa untuk trade sendiri
  • ingin diversify risiko
  • ingin menambah pendapatan

Sebagai Trader (Manager)

Sesuai untuk mereka yang…

  • ingin mencari pelabur (follower)
  • ada skill dalam trading
  • ingin memaksimakan keuntungan/pendapatan

Bagaimana untuk bermula?

1. Buat pilihan akaun yang sesuai dengan modal anda. Hanya akaun Micro dan ECN tiada fungsi Autocopy Trade.
2. Deposit sekurang-kurangnya 200 USD – 300 USD dan gunakan lot terkecil 0.01 untuk mengurangkan risiko turun naik pasaran.
3. Senarai trader dan prestasi dagangan mereka boleh dilihat di laman RTC, klik sini.
4. Buat pilihan setting autocopy:

  • Autoscale – Bukaan lot automatik mengikut nisbah tertentu berdasarkan jumlah modal anda.
  • Full – Bukaan lot sama seperti akaun Manager. Pastikan nilai modal adalah sama atau lebih besar dari akaun Manager.
  • Fixed – Bukaan lot mengikut nilai yang anda tetapkan sendiri.
  • Dynamic:
    • Multiply – Lot akan berganda.
    • Divide – Lot akan dipecahkan.

 

Cadangan:

Untuk memaksimakan pendapatan dan sekaligus mengurangkan risiko, kami mencadangkan supaya anda membuka lebih dari satu akaun copy trade. Gunakan akaun tersebut untuk follow Manager yang berlainan. Ia adalah untuk mengimbangi keuntungan dan kerugian. Disamping itu ia juga sebagai langkah untuk menjadi lebih konsisten dengan pendapatan tidak putus berbanding hanya bergantung dengan seorang trader sahaja.

Perhatian:

Jangan membuka posisi trade sendiri pada akaun copy trade kerana tetap akan berlaku profit sharing terhadap trade tersebut. Kami sarankan supaya anda membuka akaun lain untuk trade sendiri, bukannya mencampur adukan akaun copy trade.